Loonie Melonjak Pada Sesi Asia Berikutan Sentimen Positif Minyak Mentah

245

Harga minyak mentah telah mencapai paras tertinggi lima bulan pada sesi Asia hari ini dengan tidak mengendahkan laporan inventori API yang bearish semalam.

Minyak Brent meningkat kepada $69.84 setong iaitu paras tertinggi sejak awal November tahun lalu sementara WTI diniagakan pada paras $62.84 setong dan bakal mencapai paras tertinggi empat bulan pada $62.89 dalam masa terdekat.

Institusi Petroleum Amerika pada Selasa menyatakan kenaikan mengejutkan pada catatan 3 juta tong minggu lalu oleh inventori minyak mentah Amerika Syarikat. Harga minyak mentah walau bagaimanapun terus memberi tumpuan terhadap isu pengurangan bekalan oleh OPEC berbanding laporan inventori tersebut.

Pengeluaran minyak Cartel pada Mac 2019 jatuh kepada 30.4 juta tong sehari untuk bulan lalu, menurun kepada 280,000 tong sehari berbanding bulan Februari dan merupakan paras terendah sejak Februari tahun 2015 lalu.

Kejatuhan pada pengeluaran bekalan minyak mentah OPEC ke paras terendah empat tahun, dan didorong juga oleh faktor peningkatan pada data PMI China minggu ini telah memulihkan semula sentimen pasaran dan berkemungkinan akan menyokong penanda aras minyak mentah dalam waktu terdekat ini.

Laporan data daripada Jabatan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) pada hari ini dijangka akan menunjukkan penurunan inventori minyak mentah Amerika Syarikat pada 100,000 tong minggu lalu. Kejatuhan lebih besar bakal melonjakkan harga pada minyak WTI ke paras $63.59 iaitu paras resistance yang merupakan pada terendah pada Jun 2018 yang lalu.

Dapat dilihat dagangan Loonie pada sesi Asia hari ini positif dengan peningkatan ditunjukkan berbanding matawang utama yang lain. Sentimen positif minyak mentah akan terus menyokong dagangan dolar CAD sehingga menjelang laporan data pekerjaan Kanada pada Jumaat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat