Forex ni 100% untung ke? Ke lost je memanjang?

2,783

“A loser is someone who lost something.”

Apabila anda rugi, ini bermakna anda telah kehilangan sesuatu. Betul tak? Jika kita kaitkan dengan trading pula, apabila anda rugi, maka anda telah kehilangan $$$ anda.

Kehilangan duit adalah benda yang paling ditakuti. Sesiapa yang belajar trading dan mula masuk trading secara sambilan ataupun sepenuh masa mesti memasang niat untuk trade dan untung, bukan trade dan rugi!

Bagaimana anda mula berminat untuk belajar trade? Kebanyakan mesti berminat untuk trade disebabkan teruja mendengar cerita atau terbaca kisah untung besar sahabat kita. Kita cepat termakan cerita-cerita indah, cepat betul excited! Mana tak indah, buat kira-kira, trade dapat $300 seminggu pun dah sama dengan penjawat awam bergred 44. Tahukah anda berapa kali sahabat anda terduduk sebelum sampai ke tahap dia sekarang?

Apa perasaan anda apabila salah satu cara untuk berada dalam bidang trading, anda kena belajar untuk memahami konsep rugi yang sebenar dalam trading? Okay, lidah anda mesti dah mula rasa kelat, tak sedap betul baca ayat ini.

READY, SET…GO!

Benda pertama anda perlu bersedia dalam trading adalah anda perlu BERSEDIA untuk rugi dalam trading (ready to lose). Anda kena faham yang dalam trading, tiada istilah untung 100%. Kalau anda  boleh terima hakikat ini, anda tidak akan mudah melatah, tertekan yang amat ataupun cepat mengalah. Ini yang dinamakan bersedia dengan sebarang kemungkinan samada yang baik (Yay!) ataupun yang buruk (Tidakkk!).

Macam mana untuk rugi dengan betul? Jika anda lihat, ada dua senario yang menyebabkan anda tertekan apabila rugi.

  1. Anda sudah ‘nampak-nampak’ simbol $$$, malangnya jangkaan anda salah sebaliknya rugi pula!
  2. Nilai kerugian anda melebihi yang anda mampu untuk rugi dalam sesuatu trade.

Macam mana nak elakkan ‘crash’ sebegini?

  1. Anda kena betul-betul faham, setiap trade akan ada risiko untung dan rugi. Tiada apa yang pasti dalam dunia trading. Jika anda boleh hadam dengan baik, maka anda akan lebih reda jika setup yang anda sudah yakin tiba-tiba berpaling tadah kepada anda. Ini bermakna anda masih perlu belajar lagi dan kaji kenapa anda rugi.
  2. Untuk mengelakkan kerugian melebihi kemampuan, anda kena tetapkan satu nilai yang anda mampu terima secara emosional jika anda rugi. Tetapkan berapa banyak dollar sign yang anda sanggup hilang dalam sebuah trade. Pastikan bukan semua $$$ anda, ini bukan filem penerbang mati kamikaze. Sila hormati Stop Loss (SL) anda, bawalah dia kemana-mana.
  3. Jangan lari dari kerugian! Seperti sedia maklum, selepas anda dalam position, anda akan mula tidak senang duduk. Sekarang tengah rugi atau tengah untung? Kalau untung, tersenyum lebarlah anda. Macam mana pula bila tengah rugi? Adakah anda akan duduk sahaja menunggu untuk dibaham? Walau apa sekalipun, jangan sesekali tarik lagi SL anda kebawah/keatas dengan harapan dia tidak akan terkena sebaliknya melantun balik. Hati kena kering, kena terima bahawa pada kali ini anda mungkin rugi. Sekurang-kurangya anda bukan total loss. Adalah lebih baik untuk rugi sedikit daripada pulang dengan telur ayam.

Sebagai seorang trader, letakkan ego dan kemahuan untuk menang dalam setiap trade ke tepi. Ini adalah antara penyebab anda rugi di dalam trading. Mungkin susah untuk anda terima hakikat bahawa trading adalah ‘untung dan rugi’.

Dua perkataan ini saling berkait rapat dan anda akan menjumpai mereka sepanjang trading anda. Cara untuk betul-betul menang dalam trading adalah belajar untuk mengawal dang menguruskan kerugian anda supaya sebarang kerugian dapat diimbangi dengan keuntungan yang lebih banyak.

Apa-apa pun kita kena ingat, kita mesti target untung melebihi  rugi untuk kekal lama dalam industri ini.

Baca tips lain di sini : 

  1. Forex trading tak susah
  2. 6 perkara wajib sebagai Forex Trader
  3. Tips emosi tenang
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat