Luar Jangkaan! Stok Minyak AS Jatuh, Harga Kembali Kukuh!

294

Dagangan minyak mentah kembali meningkat pada awal dagangan Khamis setelah diperlihatkan oleh data bekalan AS yang memberangsangkan, selain turut disokong keyakinan bahawa pakej rangsangan coronavirus akan dapat dicapai.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan stabil pada $42.27 setong, sementara WTI Amerika Syarikat diniagakan pada $40.16 setong.

Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) tanpa dijangka melaporkan bekalan minyak mentah AS jatuh dengan ketara pada minggu lepas dengan penurunan sebanyak 2 juta tong, mengalahkan jangkaan pasaran untuk peningkatan 1 juta tong.

Sementara itu, setelah rundingan mengenai pakej rangsangan baru diadakan, Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin memberitahu bahawa perbincangannya dengan Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi telah membuat banyak kemajuan.

Mnuchin kemudiannya memberitahu bahawa beliau tidak dapat menerima cadangan Demokrat terhadap pakej rangsangan yang bernilai $2.2 trilion, dengan menawarkan nilai yang lebih rendah iaitu $1.5 trilion.

Namun begitu, kedua-dua pihak dilaporkan bersetuju terhadap cadangan Demokrat untuk bantuan pembayaran langsung kepada rakyat Amerika.

Walau bagaimanapun, kebimbangan terhadap permintaan tetap menghantui pasaran komoditi hitam berikuatan kes jangkitan Covid-19 yang terus mencatatkan peningkatan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat