Maaf, Data Pekerjaan UK Kukuh Gagal Bantu Lonjakan Pound

380

Kadar pengangguran UK jatuh di bawah tahap pra-pandemik untuk pertama kali dalam tempoh dua tahun dengan pertumbuhan upah meningkat lebih cepat daripada jangkaan pada bulan Januari.

Menurut laporan yang dikeluarkan Pejabat Statistik Negara (ONS), kadar pengangguran UK turun kepada 3.9% dalam tempoh tiga bulan sehingga Januari. Terdapat pertambahan sebanyak 275,000 dalam pekerjaan pada Februari, lebih dua kali ganda dari jangkaan pasaran.

Angka-angka yang diterbitkan ini menambah bukti kepada pemulihan kukuh UK daripada Covid-19 sebelum perang di Ukraine menimbulkan ketidakpastian baharu kepada ekonomi negara.

Hal ini juga secara tidak langsung menguatkan jangkaan bahawa Bank Pusat England (BOE) akan meningkatkan kadar faedahnya sekali lagi pada mesyuarat polisi yang berlangsung minggu ini.

Sementara itu, data pekerjaan juga menunjukkan purata gaji tidak termasuk bonus meningkat 4.8% daripada tahun sebelumnya, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran untuk kenaikan 4.6%.

Walaupun data menunjukkan pengukuhan, tetapi mata wang pound gagal memanfaatkannya dengan terus didagangkan lemah di paras terendah sejak November 2020 berbanding USD yang kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat