Maaf Jika Ramalan Kripto 2023 Ini Jauh Dari Jangkaan Pelabur!

821

“Pelabur kena ingat juga ramalan ini hanya bersandarkan prestasi masa lalu pasaran kripto sahaja.”

Para penganalisis dan pelabur optimis pasaran mata wang kripto bakal menggunung pada tahun 2023 setelah sekian lama berada dalam fasa bearish sejak 2020.

Kebanyakan perniagaan dijangkakan akan mula mendalami ekosistem kripto pada tahun ini untuk meningkatkan penggunaan aset digital dan teknologi blockchain termasuk memperoleh keuntungan lumayan. Ini adalah antara jangkaan pasaran kripto pada 2023:

Adakah Bitcoin (BTC) akan kembali pada 2023?

Harga BTC diramalkan bakal bangkit semula ke paras tertingginya pada 2023 dan teknologi blockchain pula mungkin dipertingkatkan lagi agar aktiviti transaksi lebih pantas.

Ditambah pula dengan kemunculan teknologi baharu digelar Decentralized Finance (DeFi) yang dapat memberi keyakinan lagi kepada pelabur terhadap aset digital dan seluruh pasaran kripto turut akan melihat pemulihan.

Bagaimanakah WEB3 akan menjadi perkara besar seterusnya?

Teknologi Web3 berpotensi merevolusikan cara berfikir tentang data dan internet, di mana pengguna dibenarkan untuk menyimpan, mengakses dan memindahkan data mereka melalui teknologi blockchain.

Web3 juga didapati boleh mencipta internet lebih cekap dan selamat termasuk memberikan pengguna kawalan ke atas data mereka sendiri.

BTC akan menerajui fasa bull run seterusnya

BTC mampu menjadi penggerak kenaikan seluruh pasaran kripto dan pelabur yakin dengan masa depan aset digital itu yang boleh mengawal inflasi.

Selain itu, aset digital tersebut yang tawarkan lebih banyak kebebasan daripada peraturan kerajaan adalah antara sebab pelabur lebih tertarik untuk melabur dalam BTC.

Pelancaran Ethereum (ETH) sharding akan meningkatkan kelajuan

ETH yang akan menangguhkan pelancaran sharding adalah proses membahagikan blockchain kepada komponen lebih kecil untuk meningkatkan kelajuan transaksi pada rangkaian aset digital itu.

Dilaporkan bahawa ETH bakal melaksanakan peraturan lebih jelas pada tahun ini untuk mendorong individu melabur dalam projek itu dan memberi peluang kepada pembangun termasuk pelabur wujudkan rangkaian lebih luas serta selamat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat