Maaf UK, EU Tak Mahu Rundingan Semula

334

Britain merancang untuk memperpanjangkan ‘grace period’ untuk pemeriksaan perbatasan ke atas barangan yang bergerak antara UK dan Ireland Utara, kata menteri Brexit David Frost pada hari Isnin.

Langkah ini bertujuan bagi memberi ruang kepada UK dan Kesatuan Eropah (EU) untuk perbincangan semula mengenai Protokol Ireland Utara, yang disebut oleh Frost sebelum ini sekiranya pertikaian terus berlanjutan ia boleh menjejaskan hubungan kedua pihak secara keseluruhan.

London dan Brussels telah berselisih faham mengenai protokol itu sejak keluarnya UK dari EU berkuatkuasa pada 1 Januari 2020. Wilayah Britain tetap berada dalam kesatuan kastam EU, yang bermaksud pemeriksaan mesti dilakukkan pada barang-barang tertentu yang bergerak antara Ireland Utara dan seluruh UK.

Pihak berkuasa Britain, termasuk Perdana Menteri Boris Johnson yang merundingkan semula Perjanjian Pengeluaran Brexit, kini menganggap pengaturan tersebut tidak masuk akal kerana secara efektif mewujudkan sempadan di Laut Ireland. Mereka telah meminta penambahbaikan keseluruhan perjanjian.

Walaupun begitu, dalam kenyataan Suruhanjaya Eropah sebagai tindak balas kepada penangguhan UK, mengatakan mereka tidak akan menyetujui untuk mengadakan rundingan semula.

Hal ini kerana protokol tersebut adalah bahagian tetap dari Perjanjian Pengeluaran dan penyelesaian yang dipersetujui antara UK dan EU untuk masalah yang disebabkan oleh Brexit untuk pulau Ireland. Kedua-dua pihak secara undang-undang, terikat untuk memenuhi tanggungjawab di bawah perjanjian tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat