Macam Tak Percaya Potret Digital Bitcoin Ini Dijual Pada Harga Lebih $130,000!

287

Satu potret digital kod Bitcoin telah berjaya dibida pada harga lebih $130,000 kepada seorang pembida yang tidak didedahkan identitinya.

Sebenarnya ini merupakan kali pertama satu hasil seni berbentuk non-fungible token (NFT) telah dibida dan harganya tidak semua jangka, tinggi nilainya!

Menurut rumah bida Christie, seni ‘Block 21’ adalah satu seni NFT yang mewakili pengasas Bitcoin, Satoshi Nakamoto.

Siapa sangka, seni fizikal itu mula dibida dengan harga $22,000 sebelum ditutup pada harga bida bernilai $131,250 semalam.

Seni tersebut yang dihasilkan oleh Ben Gentilli, kolaborasi bersama projek Robert Alice merupakan salah satu daripada 40 seni bersiri ‘Potraits of a Mind’. Ia menyimpan 322,048 digit kod asal Bitcoin yang dibangunkan oleh Satoshi.

Keseluruhan seni bersiri itu memiliki 12.3 juta digit kod matawang kripto yang dilukis pada 40 panel berbentuk bulat yang berbeza-beza saiznya dan jika disusun mencecah kepanjangan lebih 50 meter.

‘Blok 21’ adalah satu simbolik visi Satoshi yang diterjemahkan melalui kod, manakala seni bersiri menjelaskan identiti pengasas itu dari sudut aspek yang pelbagai.

‘Blok 21’ juga satu-satunya kepingan seni yang dibida rumah Christie dan namanya merujuk kepada jumlah perlombongan bitcoin yang terhad cuma 21 juta syiling.

Individu lain yang turut membeli seni dari ‘Portraits of a Mind’ termasuklah pengasas Binance, Changpeng Zhao dan pengerusi Bloq, Matthew Rozsak.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat