Mahu Tambah Portfolio Kripto, 5 Koin Ini Berbaloi Jika Diberi Perhatian!

3,509

Jika anda berminat untuk menambah lagi portfolio kripto, artikel ini ada beberapa cadangan koin yang sesuai untuk dijadikan alternatif kepada Bitcoin (BTC).

Perhatikan keseluruhan pasaran kripto, tidak dinafikan lambakan altcoins wajar menjadi pilihan selain hanya bergantung kepada raja kripto.

Mendukung kepada dakwaan ini, anda boleh lihat yang rekod pelaburan lebih memihak kepada altcoins, bukannya Bitcoin. Ini membuktikan pelabur lebih tertarik dengan utiliti dan kemampanan komuniti bagi sesebuah aset kripto; tidak bergantung kepada aset spekulatif.

Penganalisis berpendapat 5 koin ini ada potensi untuk pelaburan jangka masa panjang.

  • Terra (LUNA)
    • Rekod jumlah nilai terkunci (TVL) bagi Terra telah mencapai $25.3 bilion, hanya setapak belakang Ethereum yang memiliki $108.17 bilion.
    • Stablecoin – UST juga memiliki keunikannya kerana setiap penghasilan UST menyamai jumlah LUNA yang dibakar.
    • Pertumbuhan LUNA menunjukkan positif, begitu juga dengan nilai pasaran UST yang meningkat 441%.
  • Avalanche (AVAX)
    • Ekosistem rangkaian ini menawarkan transaksi pantas pada kos yang rendah, dan telah berintegrasi dengan Ethereum.
    • Pengesahan transaksi di Avalanche menelan masa kurang daripada dua saat.
  • Cosmos (ATOM)
    • Menawarkan kebolehan menyokong ekosistem luar dari aspek penskalaan rangkaian dan saling beroperasi antara satu sama lain.
    • ATOM disenaraikan sebagai aset kripto ke-21 paling bernilai dengan nilai pasaran mencecah $7.6 bilion.
  • Fantom (FTM)
    • Pada tahun lepas, FTM mencatatkan pertumbuhan harga yang luar biasa dari paras $0.013 kepada nilai tertinggi sepanjang masa (ATH), $3.48.
    • Walaupun blockchain ini menawarkan lebih banyak manfaat berbanding Ethereum, masih perlu berhati-hati dengan seluruh komunitinya kerana baru-baru ini, pengasasnya telah meninggalkan projek berkaitan dan menyumbang kepada keruntuhan harga FTM.
  • Chilliz (CHZ)
    • Chilliz telah bekerjasama dengan Socios.com – sebuah entiti yang memiliki rangkaian yang besar, melibatkan 120 organisasi sukan utama termasuk US National Football League, National Basketball Association, dan European Football Association.
    • Kes penggunaan bagi CHZ boleh dilihat pada popularitinya dalam kesukanan bola sepak: Barcelona FC, Juventus, Paris Saint-Germain.

Sebenarnya, mana-mana altcoins yang menawarkan utiliti dan manfaat yang banyak sangat menguntungkan jika anda mulakan pelaburan dari awal.

Apa-apa pun, pastikan DYOR dan jangan bertindak terburu-buru. Ini semua sekadar perkongsian dan mungkin pilihan altcoins anda jauh lebih baik untuk portfolio kripto 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat