Percaya atau tidak, majoriti hedge funds akan menceburi pelaburan kripto pada 2026.
Hedge fund atau dana lindung nilai adalah sebuah portfolio yang wujud hasil gabungan beberapa pelabur individu dan institusi. Mereka kemudian akan melabur dalam pelbagai aset seperti saham biasa, bon, komoditi dan niaga hadapan.
Tinjauan yang dilakukan oleh syarikat pengurusan dana dan korporat Netherlands, Intertrust Group mendapati sebanyak 7.2% aset hedge funds akan dilaburkan ke dalam kripto dalam 5 tahun lagi.
Jika benar berlaku, kadar tersebut merangkumi sekitar $312 bilion dari seluruh sektor.
Malah, sebanyak 17% daripada 100 responden dijangka akan memiliki lebih 10% pelaburan kripto pada 2026.
Manakala eksekutif hedge funds daripada Amerika Utara, Eropah dan Britain berhasrat untuk menambah 1% portfolio mereka dalam kripto.
Ini bermakna hedge funds boleh mula pertimbangkan strategi mereka dalam penyimpanan aset, pengukuhan kawalan operasi yang berkaitan dengan pelaburan kripto, dan paling penting pengesahan aset tersebut.
Sejak pasaran kripto mendapat perhatian pada 2020 susulan daripada pandemik COVID-19, banyak hedge funds sudah mula menunjukkan minat. Malah, Bridgewater yang skeptikal terhadap kripto, kini dilaporkan sedang ‘mengintai’ Bitcoin (BTC).