Maju! China Bakal Laksanakan Pemindahan Yuan Digital Tanpa Internet!

945

Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi gergasi, China Mobile telah menjalankan kerjasama untuk melancarkan hard wallet yuan digital yang mana tidak memerlukan rangkaian mudah alih.

Ini bermakna, transaksi yuan digital (e-CNY) tidak mustahil akan berlaku tanpa keperluan internet, hanya menggunakan wallet, SIM Pay dengan teknologi near-field communication (NFC).

Untuk pengetahuan, SIM Pay merupakan kad super-SIM, manakala NFC merupakan teknologi yang sudah biasa digunakan dalam pengangkutan awam dan beberapa kad kedit, serta membenarkan peranti-peranti untuk berhubung tanpa wayar dengan hanya jarak beberapa sentimeter.

Kehadiran telefon bimbit yang dilengkapi dengan SIM PAY boleh menjalankan pertukaran informasi berkaitan e-CNY melalui sentuh antara satu sama lain.

Sebagai rekod, e-CNY atau juga dikenali sebagai e-RMB dikeluarkan oleh People’s Bank of China.

Setakat ini, e-CNY diedarkan kepada sekelompok besar pengguna China dalam pelancaran awal bermula tahun lepas.

Dijangka pelancaran menyeluruh akan berlangsung pada Februari ketika Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Menurut timbalan pengurus besar China Mobile Jiangsu, Guan Yiminhai setakat ini mereka telah berjaya membuat pemindahan client-to-client (C2C) e-CNY pada November 2022, client-to-business (C2B) pada Februari tahun ini. Manakala percubaan bagi 1,000 kad SIM e-CNY bermula pada Julai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat