Senator AS Arahkan Atlet Boikot Yuan Digital Ketika Olimpik 2022!

468

Tiga senator Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan arahan kepada pasukan sukan negara untuk memboikot matawang digital yuan ketika 2022 Winter Olympics di Beijing pada tahun depan.

Dalam kenyataan rasmi bertarikh 19 Julai, tiga senator daripada parti Republik: Marsha Blackburn, Cynthia Lummis dan Roger Wicker menjelaskan desakan itu susulan daripada kebimbangan privasi.

“Kita tidak akan membiarkan atlet Amerika dijadikan sebagai kambing hitam dalam usaha Parti Komunis China mengintip negara,” jelas Lummis.

Seperti yang diketahui umum, China sedang menggiatkan usaha dalam memasarkan penggunaan yuan digital.

Selepas memfokuskan kepada pembayaran gaji dan pengangkutan LRT dalam yuan digital, negara itu mahu mengambil peluang mempromosikan yuan digital ketika 2022 Winter Olympics, melibatkan pengguna domestik, pengunjung dan pasukan atlet dari seluruh negara.

“Atlet Olimpik sepatutnya sedar bahawa yuan digital berpotensi digunakan sebagai alat pengintipan warga tempatan China dan pengunjung negara itu, dengan harapan mereka akan mengekalkan wallet digital dalam telefon pintar dan menggunakannya di negara masing-masing.”

Kenyataan itu dikirim kepada ketua Lembaga Jawatankuasa Olimpik, Suzanne Lyons.

Terdahulu pengasas Hayman Capital Management, Kyle Bass memberi amaran untuk menyekat yuan digital sebelum terlambat kerana potensi aset itu untuk meruntuhkan ekonomi AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat