China Mulakan Sistem Pembayaran Gaji Dalam Yuan Digital

2,198

Dalam perkembangan terbaru, pekerja di Xiong’an New Area di China telah menerima gaji mereka di dalam matawang yuan digital.

Pemberian gaji itu dapat dilaksanakan menggunakan teknologi blockchain, Xiong’an Blockchain Payment Platform yang diusahakan hasil kerjasama antara Bank of China cawangan Hebei Xiong’an dengan China Xiong’an Group Digital City Technology.

Xiong’an merupakan salah satu bandar pertama selain daerah Shenzhen dan Suzhou yang membuat ujikaji terhadap yuan digital ketika negara itu mengumumkan fasa pengujian matawang digital bank pusat (CBDC) pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Xiong’an terlebih dahulu menjadi bandar pertama yang menguji pemberian gaji dalam yuan digital kepada penduduknya.

Malah, wallet hardware juga telah dilancarkan pada Februari lalu bagi tujuan penyimpanan yuan digital. Ia dibangunkan oleh Agricultural Bank of China (ABC) dan dilancarkan di Xiong’an New Area.

Ketika Amerika Syarikat (AS) bimbang kewujudan yuan digital menjadi ancaman kepada dolar, China sejak April lagi sudah memberi penjelasan bahawa mereka tidak mahu aset digital ini menjadi ‘senjata’ menentang matawang itu. Sebaliknya mereka memberi jaminan penggunaan yuan digital hanya untuk kegunaan domestik sahaja.

Pada masa yang sama, yuan digital juga tidak akan menggantikan perkhidmatan pembayaran digital daripada firma penyedia terbesar China seperti Alipay dan WeChat Pay.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat