AS Mula Gelabah Dengan Kewujudan Yuan Digital

1,026

Penerbitan yuan digital yang diusahakan oleh China nampaknya mengundang kebimbangan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) terutama kesan matawang untuk jangka masa panjang sebagai rizab global.

Menurut laporan daripada Bloomberg, beberapa pegawai dari pelbagai jabatan sudah melipatgandakan usaha untuk memahami lebih jelas kemungkinan ancaman oleh inisiatif China itu.

Pegawai Perbendaharaan AS, Jabatan Luar Negeri, Pentagon dan Majlis Keselamatan Negara AS bagaimanapun tidak begitu bimbang dengan impak jangka masa pendek yuan digital terhadap dolar.

Namun, berbeza jika ia melibatkan cabaran terhadap rizab global AS untuk jangka masa panjang. Pihak berkuasa di negara itu sudah mula mengkaji bagaimana yuan digital akan diedarkan dan adakah ia juga berguna untuk sekatan perdagangan.

Sebagai rekod, China mula membangunkan sistem pembayaran matawang digital elektronik (DCEP) dengan melibatkan bank terbesar milik negara dan firma pembayaran gergasi seperti Tencent dan Ant Financial pada 2019.

Projek itu juga sudah berjaya melepasi beberapa ujian termasuk mengedarkan angpau digital kepada penduduk menerusi loteri yang kemudiannya dapat dibelanjakan di pusat beli-belah terpilih seluruh China.

Usaha ini menjadikan bank pusat China sebagai bank pusat besar pertama yang mengeluarkan matawang digital dengan DCEP sebagai permulaan.

Maka, tidak hairanlah mengapa pentadbiran AS sudah mula panik melihat kejayaan negara lawannya ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat