Amaran Untuk AS Sekat Yuan Digital Sebelum Terlambat!

1,779

Pengasas Hayman Capital Management, Kyle Bass memberi amaran posisi yuan digital mampu meranapkan sektor kewangan di Amerika Syarikat (AS), malah tidak keterlaluan juga jika aset digital itu mampu ‘menarik’ kuasa ekonomi yang lebih kuat dan memiliki lebih kawalan terhadap kuasa besar Asia.

Jelasnya lagi, yuan digital bersesuailah dengan sifat rejim komunis yang mana tidak mustahil akan memiliki akses terhadap data peribadi seperti nombor sekuriti sosial dan alamat pengguna.

Kerajaan China juga berupaya membawa pengaruh kepada beberapa firma untuk menerapkan yuan digital jika mereka mahu melabur kepada negara itu.

Lebih-lebih lagi tidak mustahil yuan digital turut diterapkan dalam agenda ekonomi strategik yang dikenali sebagai One Belt, One Road (OBOR).

Ini bukan kali pertama AS menunjukkan kebimbangan terhadap kepesatan pembangunan yuan digital.

Pada April, pihak pentadbiran AS mula menfokuskan kepada ancaman yuan digital terhadap dolar susulan daripada penubuhan sistem pembayaran matawang digital elektronik (DCEP), melibatkan bank negara terbesar di China.

China masih meneruskan usahanya untuk memampankan penerimaan yuan digital di seluruh negara. Rekod pada awal Jun menunjukkan sekitar $6.2 bilion yuan digital telah diedarkan ke seluruh negara.

Terbaru China telah melancarkan percubaan yuan digital bagi pengangkutan LRT dan sistem pembayaran gaji dalam yuan digital.

Dijangka fasa pemberian yuan digital seterusnya adalah ketika 2022 Beijing Winter Olympics, melibatkan pengguna domestik, termasuk pengunjung dan pasukan atlet antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat