AS Rasa Terancam Dengan Kemunculan Yuan Digital

680

Pengarah National Intelligence, John Ratcliffe menyuarakan kebimbangannya terhadap pengaruh matawang digital China, yuan kepada pengerusi Securities and Exchange Commission (SEC), Jay Clayton.

China sejak 2014 sudah mula menjalankan usaha membangunkan matawang digital apabila gabenor People’s Bank of China, Xiaochuan Zhou mewujudkan Digital Currency Research Institute.

Ekoran daripada itu AS mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati terhadap pembangunan aset digital negara.

Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell pada bulan lalu mencadangkan dengan cara itu lebih baik daripada menjadi ‘juara’ matawang digital.

Namun berbeza pada hari ini selepas menyingkirkan Huawei kerana kebimbangan terhadap kecurian data, AS risau dengan kemajuan yuan digital pula. Tidak mustahil jika akan berlaku rombakan dalam peraturan Amerika untuk mengejar China kerana kekhuatiran yuan digital mendominasi pasaran.

Pada masa yang sama pegawai National Intelligence turut meluahkan kebimbangan pengawalan China terhadap aset kripto Bitcoin dan Ethereum ekoran daripada China kekal sebagai mining powerhouse Bitcoin.

Tidak dinafikan kini pasaran dunia mula memasuki era ‘peperangan baru’ penubuhan matawang digital.

Mahu tidak mahu, harus diakui China lebih tangkas menguasai kedua-duanya baik matawang digital negara dan kripto.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat