Tak Habis Lagi AS ‘Kacau’ Huawei

574

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengumumkan sekatan baharu terhadap Huawei Technologies Co.

Al-Jazeera melaporkan sekatan baharu itu melibatkan akses syarikat berkenaan terhadap cip domestik di AS.

Sebelum ini, Jabatan Perdagangan Negara AS menyekat Huawei daripada mendapatkan semikonduktor tanpa lesen khas termasuklah cip yang diperbuat dan dibangunkan oleh firma asing tetapi menggunakan perisian atau teknologi AS.

Jabatan itu juga mengesahkan tempoh lesen umum sementara untuk pengguna peranti Huawei dan pembekal telekomunikasi yang berakhir Jumaat ini, tidak akan dilanjutkan.

AS turut menyenarai hitam 38 sekutu Huawei di 21 negara, sekali gus menjadikan 152 sekutu Huawei disekat sejak Mei tahun lalu.

Terdahulu, majalah kewangan Caixin melaporkan Huawei akan menghentikan pembuatan cip Kirin bulan hadapan berikutan tekanan berterusan AS terhadap para pembekalnya.

Cip HiSilicon pula bergantung kepada perisian daripada syarikat-syarikat AS seperti Cadence Design Systems Inc dan Synopsys Inc untuk mereka bentuk cip berkenaan.

Pengeluaran cip terbabit dikendalikan oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) yang menggunakan peralatan daripada syarikat AS. Bagaimanapun TSMC memaklumkan mereka tidak akan menghantar bahan wafer kepada Huawei selepas 15 September.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo berkata, perubahan peraturan itu akan menghalang Huawei melanggar undang-undang AS melalui pengeluaran dan penyediaan cip alternatif.

Tambah Pompeo, Huawei didakwa cuba menghindari sekatan AS yang dikenakan sejak Mei lalu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat