Makan Malam Yang Bakal Menentukan Kemajuan Hubungan EU-UK!

321

Perunding utama UK dan Kesatuan Eropah dijadualkan makan malam bersama di Number 10, Downing Street pada hari Selasa setelah perbincangan pusingan baru-baru ini berakhir dengan jurang perbezaan yang besar mengenai hubungan masa depan mereka.

Rundingan pertama yang diadakan secara bersemuka sejak tercetusnya wabak coronavirus ditamatkan lebih awal sehari, di mana ia sepatutnya berakhir pada Jumaat lepas. Kedua-dua pihak dikatakan tidak dapat mencapai kesepakatan berikutan perselisihan pendapat yang ‘serius’.

Menurut Barnier, matlamat EU adalah untuk mendapatkan rundingan dengan jayanya dan berusaha untuk mencapai kesepakatan, tetapi selepas empat hari perbincangan dijalankan perbezaan pendapat yang besar masih wujud.

Sementara itu, ketua perunding UK David Frost pula memberitahu bahawa rundingan yang dijalankan adalah komprehensif dan bermanfaat. Namun, mereka juga menekankan mengenai perbezaan besar yang masih wujud antara kedua-dua pihak terhadap beberapa isu penting.

Disisi lain, UK telah menekankan mereka tidak kisah untuk meninggalkan EU tanpa perjanjian perdagangan. Hal ini terzahir dimana setelah UK keluar dari EU pada bulan Januari, UK telah melakukan perjanjian perdagangan dengan negara-negara lain.

Menurut jurucakap Boris Johnson, makan malam ini adalah untuk perbincangan tidak rasmi dan pada keesokan hari pihak UK dan EU akan bersemuka untuk perbincangan lebih lanjut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat