“Wow nampaknya spot BTC ETF ada potensi untuk diluluskan oleh SEC ke?”
Firma pengurus pelaburan gergasi dunia Franklin Templeton memfailkan spot Bitcoin (BTC) ETF dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan ini membawa makna penyertaan institusi dalam pasaran mata wang kripto akan semakin meningkat.
Sejurus selepas memfailkan untuk Franklin BTC ETF, firma tersebut yang ingin menjadi penyedia custody telah berkata bahawa aset dana ditetapkan akan terdiri daripada BTC yang dipegang dalam jagaan oleh Coinbase Custody Trust Company.
Jika cadangan ETF dapat kelulusan kawal selia, sahamnya akan disenaraikan termasuk didagangkan di Cboe BZX Exchange dan ini adalah perkembangan perlu diberi perhatian susulan ia dapat menyerlahkan peningkatan sinergi antara pasaran kewangan tradisional serta pasaran kripto.
Pemfailan spot BTC ETF oleh Franklin Templeton tersebut adalah selaras dengan matlamat syarikat gergasi kewangan seperti BlackRock yang berharap untuk SEC meluluskan produk itu yang kini kian dikenali ramai.
Walaupun minat Franklin Templeton dalam spot BTC ETF tidak memberi kejutan sangat memandangkan kedudukannya sangat kukuh dalam produk pelaburan berstruktur, firma itu sebelum ini didapati tidak pernah buat sebarang kemasukan dalam pasaran kripto.
Penyertaan Franklin Templeton ke dalam ruang digital tidak berhenti di BTC susulan firma tersebut telah menunjukkan kesediaannya untuk meneroka dana inovatif yang menggabungkan teknologi blockchain dengan bon perbendaharaan token.
Jadi di sini dapat dilihat bahawa Franklin Templeton telah menyerlahkan komitmennya untuk kekal di barisan hadapan dalam inovasi kewangan dan menyesuaikan diri dengan perubahan landskap pelaburan.