Menyambung dagangan pada Selasa semalam, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih mempamerkan gerak mendatar dengan cubaan untuk membuat kenaikan.
Jika diperhatikan, masih lagi paras 1.27000 menjadi sokongan buat harga dengan harga dilihat kekal berlegar di zon RBS (resistance become support) tersebut sejak minggu lalu.
Harga bergerak dalam julat 50 pips sepanjang Selasa semalam dengan ketinggian dicapai sekadar paras 1.27500.
Namun, harga yang telah berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu memberi isyarat awal untuk kenaikan harga diteruskan ke paras lebih tinggi.
Kedua-dua mata wang Pound dan US dolar kini dilihat bergerak setara selain bank pusat masing-masing masih dalam fasa untuk mengekalkan pengetatan dasar monetari mereka.
Tumpuan juga akan terarah kepada petunjuk oleh gabenor kedua-dua bank pusat iaitu Jerome Powell (FED) dan Andrew Bailey (BOE) yang menghadiri forum ECB di Sintra hari ini.
Sebarang kenyataan yang dilontarkan memberi petunjuk jelas terhadap langkah dasar seterusnya, bakal memberi impak terhadap pergerakan mata wang di sesi New York nanti.
Untuk jangkaan jika kenaikan harga berlaku, harga yang melonjak dari sokongan MA50 akan menuju ke zon rintangan yang diuji minggu lalu sekitar 1.28400.
Berjaya melepasi rintangan itu akan merekodkan paras tertinggi terbaru buat harga sejak April 2022.
Namun jika sebaliknya harga memaparkan terjunan hingga melepasi paras 1.27000, akan menjadi isyarat untuk pergerakan bearish buat harga.
Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju ke zon tumpuan 1.26000 sebelum dilanjutkan lagi ke zon seterusnya 1.25000 jika penurunan diteruskan.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG