Ketika US dolar semakin mendominasi, mata wang Pound pula semakin kecundang minggu ini.
Laporan data pekerjaan ADP Amerika Syarikat (AS) menyaksikan pertambahan pekerjaan pada sektor swasta catat angka yang lebih tinggi berbanding ramalan untuk Julai.
Ini memberi indikasi positif menjelang laporan NFP pada Jumaat selain mengurangkan tekanan terhadap faktor penurunan taraf kredit terhadap AS.
Pound terus mengalami penyusutan ketika mesyuarat polisi bank pusat England semakin hampir.
Bank of England (BOE) pada mesyuarat hari ini dijangka akan menaikkan kadar faedah untuk kali ke 14 berturut-turut, namun situasi itu dilihat masih gagal untuk memberi keyakinan terhadap Pound.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/adp-pacu-lonjakan-usd#t=0:00
Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga menyambung lagi corak penurunan pada dagangan Rabu semalam dengan penurunan harian sekitar 120 pips dicatatkan.
Penurunan ke paras terendah terbaru 4 minggu itu menepati ramalan penganalisis di mana harga menguji zon penting pada 1.27000.
Mencecah sedikit rendah di bawah 1.27000, harga kemudiannya melantun semula untuk berlegar perlahan di atas paras itu sehingga ke pembukaan sesi Asia pagi ini (Khamis).
Harga yang kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu terus memberi isyarat bearish buat harga.
Penurunan lebih rendah boleh mencecah ke paras 1.26000 yang dilihat sebagai sasaran terbaru jika harga meneruskan penurunan lanjut.
Namun, pergerakan harga akan bergantung pada reaksi pasaran terhadapp keputusan mesyuarat BOE sebentar lagi.
Sekiranya berlaku lonjakan, harga boleh mencapai sehingga ke paras 1.29000 setelah melepasi halangan MA50 sebelumnya.
Jika rintangan tersebut juga berjaya ditembusi, paras rintangan minggu lalu pada 1.30000 pula akan menjadi tumpuan untuk dicapai harga.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG