Makin Rancak, Elon Musk Jual Lagi $3.5 Bilion Saham Tesla

289

‘Lubuk emas makin ditinggalkan apa punya nasib.’

Nampak gaya seolah-olah zaman kegemilangan Telsa Inc dan ketua eksekutif Elon Musk sudah berakhir dengan penfailan baru mendedahkan beliau menjual sejumlah lagi pegangannya.

Difahamkan menjual sebanyak 22 juta saham bernilai $3.58 bilion dalam syarikat gergasi kereta elektrik (EV) itu pada minggu ini.

Ini secara tidak langsung membawa jumlah keseluruhan saham Tesla yang dijual Musk sebanyak $40 bilion tahun ini.

Menurut sumber, Musk kini memegang 13.4% kepentingan dalam syarikat itu.

Setakat penulisan ini juga saham Tesla didagangkan rendah 2.58% pada $156.80.

Umumnya, pelabur Tesla terus-menerus menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tumpuan berlebihan yang diberikan Musk kepada Twitter Inc.

Sejak pembelian $44 bilion Twitter tempoh hari, Musk dilihat seolah-olah ‘menganaktirikan’ Tesla sehingga saham syarikat mencatat kejatuhan sebanyak 60% tahun ini.

Ia merupakan prestasi saham terburuk syarikat dalam kalangan firma teknologi dan syarikat-syarikat EV lain.

Turut tidak dilupakan juga penurunan saham Tesla menyumbang kepada kejatuhan nilai kekayaan Musk sehingga beliau berada di kedudukan ke-2 senarai jutawan Forbes buat kali pertama sejak September 2022.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat