“Banyak orang beli sebab suka-suka je, sebab tu lama kelamaan hype PEPE pudar.”
Pepecoin (PEPE) yang sebelum ini raih populariti kini mengalami terjunan harga sepanjang minggu lalu apabila whales dilaporkan menjual seluruh pegangannya dalam aset digital tersebut sebanyak 972,84 bilion bernilai $848,000.
Menerusi pemerhatian, address 0x1497 telah menjual sejumlah besar PEPE itu semasa harganya berada pada $0.0000008718, oleh itu beberapa individu mula mempersoalkan sama ada penjual tersebut terlibat dalam perdagangan orang dalam.
Selepas menyiasat lebih lanjut, address itu didapati menerima 0.58 Ethereum (ETH) daripada FixedFloat kemudian menggunakan sekitar 0.027 ETH bernilai $58 untuk beli 2.27 trilion PEPE dalam masa 10 minit sahaja.
Selain itu, whales lain pula dimaklumkan menghadapi kerugian besar 52% semasa berdagang PEPE dalam tempoh lima hari lalu setelah menjual lebih 465.5 bilion memecoin tersebut untuk mendapatkan $190,000.
Suka dimaklumkan bahawa harga PEPE yang meningkat stabil pada akhir April tahun ini telah melonjak tinggi pada 5 Mei 2023 apabila bursa mata wang kripto Binance menyenaraikan memecoin itu pada platformnya.
Namun, penjualan token PEPE yang dilakukan whales baru-baru ini telah menyebabkan sentimen dikelilingi memecoin itu semakin negatif dan pelabur sudah tidak berminat untuk belinya susulan prestasinya yang secara beransur-ansur merosot.
Sehingga berita ini ditulis, harga PEPE menjunam sebanyak 7.93% pada paras $0.00000085 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $330 juta seterusnya merekodkan penurunan 22.84% sepanjang minggu lepas.