Malaysia Airlines Sedia Tawar Khidmat Terbang Ke Langkawi Bagi Yang Lengkap 2 Dos Vaksin

591

Setelah pengumuman mengenai pembukaan sektor pelancongan yang akan dimulakan pada 16 September di Langkawi, Malaysia Airlines terus memanfaatkan peluang untuk menawarkan perkhidmatan ke lokasi tersebut.

Malaysia Airlines (MAS) bersedia untuk menyajikan kemudahan perjalanan kepada pelanggan yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin untuk melancong ke Langkawi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham Ismail berkata MAS telah pun beroperasi 4 kali sehari ke Langkawi dan siap untuk menyesuaikan kemampuannya dalam memenuhi permintaan pelanggan.

Tambahnya, langkah ini juga merupakan titik permulaan untuk kembali merancakkan sektor pelancongan domestik dan turut membantu sosio-ekonomi masyarakat yang terkesan akiibat Covid-19.

Bersempena dengan Hari Malaysia yang akan datang, MAS memberi tawaran tiket penerbangan serendah RM89 dan MHholidays tawar pakej perjalanan termasuk penginapan hotel dengan diskaun sehingga 50%.

Dalam pada itu, MAG baru-baru ini telah mencapai status vaksin 100% bagi setiap juruterbang dan kru kabin bagi memberi jaminan dan keyakinan kepada penumpang.

MAS juga giat mempertingkatkan protokol keselamatan dan kesihatan di lapangan terbang serta di dalam kapal terbang seperti yang disyorkan bagi memastikan aspek keselamatan pelanggan dan pekerja terjamin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat