Pembukaan Sektor Pelancongan, Legakan Industri Pelancongan Negara

461

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang merangkap Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju untuk membuka semula sektor pelancongan.

Ismail Sabri mengatakan bagi langkah permulaan, Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk kembali dibuka kepada pelancong tempatan bermula 16 September.

Bagi destinasi pelancongan lain pula ia akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti telah mencapai 80 peratus.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata dengan pembukaan domestik secara berperingkat, ia bakal memberi sinar kepada penggiat industri di negara ini.

Dalam pada itu, pengumuman pembukaan semula sektor pelancongan dijangka akan mengembalikan kerancakan ekonomi serta membolehkan Pelan Pemulihan Pelancongan dilaksanakan dengan segera.

Mengenai projek rintis Pulau Langkawi, Nancy mengatakan bahawa ia adalah suatu berita yang paling gembira bagi MOTAC dan penggiat industri terutama pekerja yang sudah lama terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pulau Langkawi dipilih sebagai projek lapangan ujian adalah disebabkan oleh kedudukannya strategik yang mana pulau itu terasing dan sekali gus memudahkan urusan pemantauan.

Selain itu, ia juga memiliki kekuatan tersendiri seperti mempunyai rangkaian penerbangan serantau serta antarabangsa dan mempunyai kepelbagaian kemudahan penginapan bagi setiap lapisan pelancong.

Sekiranya projek rintis di Pulau Langkawi ini mencapai kejayaan, ia bakal memberi keyakinan kepada rakyat untuk kembali memeriahkan sektor pelancongan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat