Malaysia Bakal Nikmati Manfaat Oleh Pakej Rangsangan Jepun

803

Negara-negara ASEAN terutamanya Malaysia akan berada dalam kedudukan yang baik kerana dapat menerima keuntungan daripada pakej ransangan ekonomi Jepun ekoran disebabkan faktor persamaan dari segi ekonomi dan sejarah selain daripada memiliki hubungan perniagaan yang baik dengan Jepun.

Duta Jepun di Malaysia, Hiroshi Oka menyifatkan negara yang memiliki politik yang stabil, rakyatnya yang fasih bertutur bahasa Inggeris dan mempunyai sumber bekalan terhadap keperluan industri penerbangan dan perubatan merupakan pilihan ideal bagi syarikat Jepun untuk meluaskan rangkaian pangkalan pengeluaran mereka.

Usaha ini merupakan satu keperluan dalam menguatkan lagi rantaian bekalan global bagi pasca-pandemik sekaligus mengelakkan daripada sekatan jika muncul semula penyakit berjangkit ini hingga menyebabkan kelumpuhan ekonomi. Justeru, rantaian bekalan global perlu diperkukuhkan melalui kepelbagaian pangkalan barangan.

Ini bermakna, berbanding hanya bergantung kepada satu pengeluar dari sebuah negara, adalah lebih baik mempelbagaikan industri import melalui pangkalan pengeluaran dari pelbagai tempat untuk mengelakkan gangguan akibat perkara yang tidak diingini pada masa akan datang.

Duta tersebut mendedahkan perkara ini kepada Bernama ketika pihak media mengumumkan Jepun akan melancarkan program subsidi untuk mendorong pengeluar domestik untuk memindahkan pangkalan produk mereka ke ASEAN memandangkan wabak Covid19 telah menganggu rantaian bekalan mereka yang hanya bergantung kepada China. Buat masa sekarang, pihak mereka masih belum menetapkan lagi negara pilihan bagi program tersebut.

Menurut pihak media dari luar, Jepun telah mengeluarkan pakej ransangan bernilai RM10.2 bilion sebagai usaha untuk menampung kesan yang dialami kerana pandemik dan membantu pengeluar untuk memperluaskan lagi pangkalan produk memandangkan wabak ini telah menjejaskan rantaian bekala dengan rakan dagang utama negara itu.

Oka turut memberi pandangannya mengenai pelaburan asing di mana untuk menarik perhatian pelabur dari luar, Malaysia perlu menyediakan insentif cukai selain hanya membenarkan kehadiran warga asing untuk menggunakan kemudahan fasiliti perniagaan di negara ini.

Sekurang-kurangnya terdapat 1,400 syarikat Jepun di Malaysia yang mana separuh daripadanya merupakan industri pembuatan. Ini menjadikan Jepun sebagai negara terbesar yang melabur dalam sektor pembuatan di Malaysia dan sektor ini membuka 348,000 peluang pekerjaan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat