Malaysia Jadi Tumpuan Persaingan Sektor Semikonduktor Global, Isu Cip AS-China Makin Panas!

592

Malaysia muncul sebagai juara dalam industri semikonduktor apabila ketegangan AS-China mendorong syarikat tempatan untuk memperbesarkan operasi penghasilannya.

Menurut Kendrick Chan, Ketua Projek Hubungan Antarabangsa Digital di LSE IDEAS berkata Malaysia mempunyai infrastruktur yang mantap dengan pengalaman sekitar lima dekad dalam pemprosesan belakang tabir pembuatan semikonduktor terutamanya dalam pemasangan.

Semikonduktor atau cip merupakan komponen halus yang terdapat dalam telefon pintar dan kenderaan seperti kereta. Industri teknologi bagi kedua-dua ini merupakan persaingan hebat bagi dua negara gergasi iaitu Amerika Syarikat dan China.

Pada Disember 2021, syarikat gergasi Intel dari AS akan melabur lebih $7 billion untuk membina kilang pembungkusan dan ujian cip di Malaysia yang dijangka beroperasi bermula pada 2024.

Berdasarkan kenyataan Intel Malaysia, keputusan mereka untuk melabur di Malaysia adalah untuk mengumpul bakat dalam akar umbi masyarakat yang pelbagai, memajukan infrastruktur dan rantaian bekalan yang teguh.

Kemudahan pengeluaran luar negara pertama Intel ialah tapak pemasangan di Pulau Pinang yang dilancarkan pada tahun 1972 dengan pelaburan $1.6 juta. Syarikat itu terus menambah kemudahan ujian penuh serta pusat pembangunan dan reka bentuk di Malaysia.

Kini, Malaysia memegang 13% daripada pasaran global dalam perkhidmatan pembungkusan dan ujian cip.

Pada laporan 18 Februari lepas, eksport peranti semikonduktor dan litar bersepadu meningkat 0.03% kepada RM387.45 billion pada 2023 di tengah-tengah kelemahan permintaan cip global.

Dalam usaha mengembangkan ekosistem semikonduktor negara dan menarik pelabur, Malaysia telah menubuhkan pasukan strategik semikonduktor kebangsaan pada Januari lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat