Malaysia Mungkin Membeli Jet China, Reaksi Balas Terhadap EU Yang Memboikot Minyak Sawit

1,090

“Isu boikot minyak sawit” kini menemui jalan buntu kerana Malaysia belum lagi dapat memujuk Kesatuan Eropah berhenti memboikot minyak sawit negara ini.

Tun Mahathir menyifatkan tindakan Kesatuan Eropah itu ialah tindakan diskriminasi.

“Jika mereka (EU) tetap mahu ambil tindakan terhadap kita, cuba memiskinkan kita, kita akan terpaksa menimbang untuk membeli kapal terbang daripada China atau mana-mana negara lain.

“Kita tidak perlu kapal terbang yang terlalu sofistikated, kita cuma perlu (kapal terbang) kecil Cessna,” katanya ketika sidang media di Pulau Carey, Selangor semalam.

Kesatuan Eropah sebelum ini mengambil dasar memboikot minyak sawit negara ini dengan alasan industri penanaman pokok kelapa sawit merosakkan alam sekitar dari segi penjarahan hutan termasuklah memusnahkan penempatan orang asli.

Sedangkan kita sedia maklum yang tindakan Kesatuan Eropah adalah kerana ingin meyokong industri minyak soya yang jauh lebih murah keluaran Eropah.

Kesatuan Eropah juga sudah mengambil tindakan dengan mengharamkan penggunaan minyak sawit dalam industri minyak biofuel.

Malaysia adalah pengeluar utama minyak sawit dunia diikuti oleh Indonesia bakal terjejas dengan isu ini. PM dijangka akan terus berbincang dengan Indonesia bagi mengambil langkah khas berhubung isu ini.

Kita sebagai rakyat Malaysia digesa terus menyokong negara dengan membeli minyak kelapa sawit dalam kempen “Sayangi Sawitku” yang dilancarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat