Malaysia Tingkatkan Had Pendapatan Kemiskinan Kepada RM2,208

546

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang baharu telah diperkenalkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada hari ini.

Had PGK telah dinaikkan daripada RM980 kepada RM2,208 sekaligus menjadikan jumlah isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin bertambah kepada 405,441 berbanding 16,653 menggunakan had sebelum ini.

Kadar RM980 yang telah digunakan sejak 2005 dianggap tidak relevan memandangkan pendapatan per kapita telah bertambah dua kali ganda iaitu menjadi RM45,000 daripada RM20,000 pada 2005.

Manakala bilangan isi rumah miskin tegar berdasarkan PGK terbaharu menjadikan jumlahnya pada 2019 seramai 27, 158 berbanding 1,752 mengikut had lama.

Keputusan diputuskan berdasarkan metodologi 2019 yang mana nilai purata PGK nasional lebih tepat RM2,208 iaitu dalam kelompok 10% terbawah isi rumah.

Perbezaan utama pengukuran PGK menggunakan metodologi 2005 dan 2019 adalah keperluan optimum dan pemakanan sihat serta keperluan asas berkualiti.

Secara tidak langsung nilai PGK Makanan juga meningkat dari RM620 (PGK 2005) kepada RM1,169 (PGK2019).

Usaha penambahbaikan kaedah pengukuran kemiskinan itu sebenarnya telah bermula sejak pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (KSP RMKe-11) pada 18 Oktober 2018.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat