Perubahan pada arah pergerakan US dolar khususnya di sesi New York semalam telah memberi impak terhadap pergerakan semasa mata wang utama lain dalam pasaran.
Seperti dolar Australia, lonjakan nilai ke paras tertinggi terbaru berjaya dicatatkan, namun kembali susut semula ketika US dolar paparkan pengukuhan semalam.
Data tinjauan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) serta jualan rumah diterbitkan dengan angka yang cemerlang untuk laporan November, kembali memberi sokongan untuk pemulihan US dolar.
Belum habis lagi, pelabur akan memberi tumpuan pula kepada data pertumbuhan ekonomi AS malam ini sebelum beralih kepada data indeks harga PCE pada Jumaat.
Ketika meneliti carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga telah berjaya melonjak dari zon 0.67000 mencapai ketinggian terbaru 5 bulan sekitar 0.67700 pada Selasa lalu.
Namun, pada dagangan Rabu semalam momentum kenaikan lenyap menyaksikan harga mendatar sebelum terjunan berlaku di penghujung sesi New York.
Mula membuatkan pelabur berwaspada apabila harga kembali bergerak di bawah garis halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut.
Kenaikan perlahan harga di sesi Asia pagi ini (Khamis) juga dilihat terhalang oleh garisan tersebut yang memberi isyarat harga sukar untuk meneruskan pendakiannya.
Penurunan awal akan dijangkakan untuk hampiri semula zon 0.67000 yang menjadi zon RBS (resistance become support) harga dan reaksi di sekitar itu akan memberi petunjuk ke mana harga akan tuju seterusnya.
Jika tembus ke bawah, isyarat bearish akan meningkatkan kecenderungan untuk harga terjun hingga ke paras sasaran pada 0.66000.
Namun, sekiranya harga melonjak tembusi rintangan 0.67000 sebelum ini, catatan paras ketinggian terbaru akan diteruskan dengan tumpuan berikutnya adalah pada 0.69000.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG