Mampukah EUR/USD Melonjak Menjelang Ucapan Joe Biden?

620

Seperti yang dijangkakan, mata wang Euro masih berisiko untuk bergerak kukuh selepas tekanan ekonomi yang mendesak tindakan sekatan pergerakan lebih ketat khususnya di Jerman bagi membendung penularan jangkitan virus.

Oleh itu, dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD mula membuat penurunan semula selepas kenaikan harga gagal dikekalkan.

Slain itu juga, US dolar turut pamerkan peningkatan semula dalam pasaran disokong oleh data ekonomi yang baik menunjukkan sektor pengguna pada Disember menyokong kenaikan kadar inflasi seperti yang dijangkakan.

Pelabur juga berkemungkinan mengambil keputusan untuk keluar dari pasaran dan mengambil keuntungan posisi terdahulu sementara menantikan kenyataan Joe Biden berkenaan pakej rangsangan ekonomi AS.

Harga pada carta EUR/USD dilihat terhalang kenaikan setakat zon minor SBR (support become resistance) pada 1.22200 sebelum penurunan harga dipamerkan pada dagangan Rabu semalam.

Namun penurunan harga masih menguji zon RBS (resistance become support) sebelum ini dengan paras sokongan 1.21500 diuji.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini (Khamis), harga bergerak mendatar pada zon RBS dan juga mula berada di bawah halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) yang berkemungkinan memberi isyarat untuk penurunan harga lebih rendah.

Jika harga teruskan penurunan, zon tumpuan pada 1.20900 dilihat menjadi destinasi sasaran harga seterusnya.

Namun sekiranya harga berjaya melonjak kembali, paras SBR 1.22200 akan diuji sekali lagi sebelum harga tembus menuju pula ke zon SBR 1.22500.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat