Mampukah GBP/USD Tepati Ramalan Untuk Sambung Peningkatan Semula?

280

Data sektor pembuatan dan perkhidmatan di UK diterbitkan pada sesi Eropah semalam gagal merangsang pengukuhan Pound dengan bacaan data yang bercampur namun masih kekal di paras positif.

Bacaan data yang sama untuk Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada sesi New York pula juga tidak memberi kesan ketara terhadap pergerakan US dolar.

Pelabur masih meletakkan harapan untuk Pound mengukuh selepas bank pusat England (BOE) meningkatkan kadar faedah pada mesyuarat minggu lalu, serta laporan data inflasi UK yang memberangsangkan minggu ini.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga yang melonjak ke paras rintangan 1.33000 pada Selasa dan Rabu lalu kembali menyaksikan penurunan semula ke zon tumpuan 1.32000.

Dagangan Khamis semalam melihatkan harga bergerak mendatar di sekitar zon tersebut sehingga ke penghujung sesi New York.

Trend bearish harga dinilai pelabur susulan harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Sesi Asia pada pagi ini (Jumaat) menunjukkan sedikit kenaikan harga pada sekitar 1.32000 dan menguji halangan MA50.

Jika harga berjaya membuat kenaikan semula di penghujung minggu, zon rintangan 1.33000 akan kembali untuk dicapai.

Harga yang melepasi rintangan tersebut akan mencatatkan paras ketinggian mingguan terbaru dengan jangkaan menuju pula ke paras sekitar 1.34000.

Sebaliknya jika harga menjunam lebih rendah di bawah zon 1.32000-1.31700, paras sokongan awal yang akan dituju harga dilihat berada pada 1.31000.

Penurunan lanjut harga yang kekal diteruskan pula bakal menguji kembali zon support utama harga pada 1.30000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat