Mantap! USD/CAD Capai Puncak Tertinggi Baharu 12 Minggu

278

Matawang USD terus gah dalam mengekalkan takhta sebagai raja matawang berikutan pelabur dilihat mula bersedia untuk menantikan kepada keputusan dasar polisi Federal Reserve (Fed) pada malam ini.

Turut bertitik tolak bahawa dolar Kanada terus menerima impak perlahan akibat kebimbangan varian Omicron yang makin berleluasa telah mengakibatkan permintaan minyak mentah global semakin suram.

Sesi New York sebentar lagi sudah semestinya tumpuan akan terarah kepada data inflasi Kanada dan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang akan mempengaruhi pergerakan bagi matawang dolar Kanada dan US dolar.

Nampaknya pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD terus menyaksikan lonjakan lebih garang setelah harga kekal menyambung kenaikan sehingga mengatasi paras tertinggi 1.28500.

Yakni lonjakan itu sama sekali telah pun merekod paras tertinggi 12 minggu terbaharu sekitar 1.28670 untuk menutup dagangan dengan candle bullish dalam menunjukkan trend bullish yang lebih jelas lagi.

Akan tetapi pergerakan harga tampaknya menampilkan penyusutan setakat dagangan hari ini (Rabu) yang dilihat kembali menguji paras tertinggi sebelum ini dan terus mengekalkan momentum perlahan.

Segala faktor tersebut secara tidak langsung telah membawa gambaran untuk melihat harga menuju semula ke zon rintangan 1.29000 sekiranya harga terus kekal berupaya dalam mencatatkan lonjakan.

Terlebih dahulu pelabur mungkin bakal menilai reaksi harga di zon rintangan itu sama ada ia mampu ditembusi atau sebaliknya, lonjakan yang lebih garang akan menyokong harga mencapai zon 1.29500.

Manakala zon RBS (resistance become support) pada 1.28000 kebarangkalian akan dicecah andai kata pergerakan harga membuat semula penurunan yang juga ia bakal memberi isyarat perubahan trend.

Isyarat perubahan trend bakal lebih ketara kelihatan jikalau harga mengatasi paras rintangan Moving Average 50 (MA50) yang serba sedikit akan mendorong harga kembali mencecah ke zon RBS 1.27000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat