Manusia Adalah Penyebab Kejatuhan FTX – Vitalik Buterin

151

Sejurus selepas FTX mengalami kejatuhan mengejutkan, Vitalik Buterin, co-founder Ethereum (ETH) telah meluahkan pendapatnya berkaitan isu tersebut yang mengakibatkan pasaran kripto menghadapi kejadian tidak dijangka.

Diterangkan lebih terperinci, Buterin menyatakan bahawa kejatuhan FTX tercetus disebabkan manusia dan bukannya teknologi yang disebut oleh kebanyakan individu.

Rentetan itu, kestabilan asas distributed ledger* serta teknologi penjanaan ekonomi aset digital bukanlah penyebabnya, tetapi isu tersebut mampu memberi pelbagai pengajaran kepada ekosistem kripto.

*Menggunakan komputer bebas (dirujuk sebagai nod) untuk merekod, berkongsi dan menyegerakan transaksi dalam lejar elektronik masing-masing

Hal ini berikutan kerana beliau berpandangan bahawa krisis FTX berkemungkinan disebabkan pengasasnya sendiri di mana para pelabur tidak dapat mengetahui jika syarikat tersebut telus menawarkan perkhidmatannya atau mengaut keuntungan untuk diri sendiri.

Oleh demikian, Buterin menyatakan salah satu kaedah iaitu “safe CEX” bersama proof of insolvency yang mampu memberi keselamatan kepada para pelabur daripada mengalami sejumlah kerugian besar.

Tambahnya lagi, selain daripada bersandarkan daripada kaedah fiat seperti lesen kerajaan, juruaudit dan tadbir urus korporat, syarikat exchanger seharusnya mencipta bukti kriptografi agar dapat membuktikan dana yang dipegang dalam rantaian mencukupi untuk menampung keperluannya.

Dalam pada itu, krisis FTX dilaporkan berpunca daripada exchanger itu sendiri yang menggunakan deposit pelanggan untuk tujuan lain dan mengakibatkan mereka tidak dapat memenuhi permintaan pengeluaran dengan kecairan semasanya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat