Mark Zuckerberg Berpeluh Lihat Prestasi Terkini Facebook

249

‘Ini mungkin apa yang dikatakan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.’

Buat 2 suku berturut-turut Facebook milik Meta Platforms Inc mencatat penurunan dalam laporan pendapatan korporat sehingga menyebabkan sahamnya menyusut 19% ketika sesi dagangan.

Mencerap keputusan laporan, pendapatan sesaham syarikat mencatat $1.64 berbanding unjuran $1.89 walaupun hasil berjaya meraih $27.71 bilion daripada ramalan $27.38 bilion.

Secara keseluruhanya hasil Meta dilihat menurun 4% pada suku ke-3 ( Q3) dengan kos dan perbelanjaan melonjak 19% tahun ke tahun pada $22.1 bilion serta pendapatan operasi menyusut 46% dari setahun lalu pada $5.66 bilion.

Selain itu, margin operasi Meta atau keuntungan bersih perniagaan merosot 20% dari 36% tahun sebelumnya dengan pendapatan bersih menguncup 52% pada $4.4 bilion.

Prestasi buruk tersebut telah membawa Meta untuk menetapkan unjuran hasil bagi Q4 antara $30 bilion ke 32.5 bilion sementara unjuran penganalisis pada $32.2 bilion.

Dalam pada itu, pengguna aktif harian dan bulanan Meta berjaya melepasi unjuran dengan masing-masing pada 1.98 bilion dan 2.96 bilion.

Namun, purata hasil bagi setiap pengguna gagal menembusi ramalan $9.83 untuk hanya sekadar mencatat $9.41.

Menurut laporan tersebut lagi, penurunan prestasi ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan perlahan pada pengiklanan atas talian, cabaran kemas kini sekuriti iOS Apple dan peningkatan pengguna TikTok.

Pada sisi berbeza, unit lain Meta iaitu Reality Labs yang berfokuskan perniagaan maya metaverse turut mencatat kerugian dari $2.67 bilion ke $3.67 bilion dalam tempoh sama tahun lalu dan secara keseluruhan susut 285 juta separuh tahun ini.

Setakat penulisan ini saham Meta diniagakan lemah 5.59% pada $129.82 dengan permodalan pasaran sebanyak $348.90 bilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat