Market Cap Lepasi $100 Juta, Memecoin Solana BILLY ‘Menyala’!

191

“Sekarang banyak betul memecoin anjing, mesti semua peningkan tak tahu nak beli yang mana satu?”

Dilahirkan di Pump.fun pada awal Jun 2024, memecoin bersandarkan Solana (SOL) dipanggil Billy (BILLY) berjaya melepasi modal pasaran $100 juta setelah komuniti mengambil alih projek tersebut sejurus selepas pembangun menjual kesemua tokennya.

Menerusi pemerhatian, pembangun menjual semua BILLY dalam 20 minit selepas pelancaran kemudian mereka menarik perhatian komuniti membeli coins lain pula iaitu Billy2, Billy3 dan Fuck Billy tetapi hasil usahanya tampaknya gagal.

Biarpun kenaikan harga BILLY masih tidak jelas, akaun media sosial X miliknya kerap menyiarkan meme sehingga menyebabkan content creator Jonzzy melihat salah satu meme Billy memperoleh khalayak ketara di platform media sosial.

Memang tidak dinafikan halaman DEX Screener Billy diubah oleh penyerang bagi memasukkan memecoin anjing lain, tetapi komuniti yang bertindak balas secara cepat telah menuntut semula halaman tersebut.

Kejadian tersebut adalah sebagai sebahagian daripada eksploitasi DEX Screener yang didapati membenarkan pelakon berniat jahat melakukan pengambilalihan komuniti Ketua Pegawai Teknologi (CTO) projek pada DEX Screener.

Perlu diketahui membenarkan komuniti mengemas kini halaman DEX Screener adalah susulan daripada situasi yang berlaku seperti BILLY, di mana pembangun asal meninggalkan projek dan komuniti memerlukan akses menukar penyenaraian DEX Screener.

Meskipun begitu, pasukan DEX masih belum menemui cara untuk menghentikannya daripada disalahgunakan oleh pihak yang berniat jahat.

Sehingga berita ini ditulis, harga BILLY yang didagangkan pada paras $0.09 telah mencatatkan penerjunan 6.61% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $90 juta tetapi tetap melonjak 190.60% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat