MAS Bercadang Untuk Membeli Lagi 25 Buah Pesawat Baru

138

Malaysia Airlines Berhad dikatakan akan membeli 25 lagi pesawat selepas pesawat syarikat itu terlibat dalam dua tragedi berbeza 2 tahun lalu.

Syarikat MAS akan menggantikan 15 pesawat untuk menggantikan pesawat yang telah agak lama, serta menambah 10 lagi pesawat bagi menjana keuntungan buat syarikat.  Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Peter Bellew berkata demikian dalam satu temu bual di Singapura hari ini. Syarikat itu dikatakan akan mempertimbangkan untuk membeli model Airbus dan Boeing dan akan memuktamadkan keputusan itu pertengahan tahun depan.

Selain daripada penerbangan Kuala Lumpur-London, MAS berkata bahawa mereka tidak akan mengadakan perjalanan jarak jauh yang lain sehingga tahun 2020 atau 2021 kerana mereka perlu mendapatkan pesawat yang sesuai untuk tujuan itu.

Selain itu, pesawat mestilah dibeli dengan harga yang berpatutan, masa yang bertepatan dan konfigurasi yang betul.

Bellew menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAS yang ketiga dalam tempoh 2 tahun pada bulan Julai lalu bagi mengembalikan keyakinan penumpang berikutan kehilangan dua pesawat pada tahun 2014 yang lalu. Buat masa ini, Bellew kekal optimis dengan mengatakan bahawa MAS bakal memperolehi keuntungan semula menjelang tahun 2018.

Kini, MAS dimiliki sepenuhnya oleh Khazanah Nasional Bhd setelah diambil alih pada tahun 2014. Sejak tahun itu juga, MAS telah mengurangkan jumlah perjalanan jarak jauh serta menghapuskan kira-kira 6,000 pekerjaan berikutan penstrukturan semula.

Setelah menghapuskan beberapa perjalanan terus ke Eropah, MAS telah bekerjasama dengan syarikat penerbangan Emirates, yang berpangkalan di Dubai bagi destinasi yang lebih jauh. Untuk penerbangan semasa dari Malaysia ke London, MAS menggunakan pesawat Airbus A380. Pun begitu, Bellew mengatakan bahawa mereka merancang untuk menggantikannya dengan pesawat A350s pada April 2018.

Bagi meraih semula kepercayaan orang ramai, MAS giat melakukan promosi untuk penumpang kabin ekonomi dan perniagaan bagi menarik penumpang menggunakan perkhidmatan mereka.

Dengan mengenakan tiket pergi balik ke London serendah $450, kini syarikat itu mempunyai bahagian pasaran sebanyak kira-kira 60% untuk penerbangan ke London berbanding hanya 45% yang dicatat pada Mei lalu.

MAS terpaksa bersaing dengan syarikat penerbangan lain bagi destinasi ke Eropah. Pun begitu, Bellew berpendapat bahawa MAS mempunyai peluang yang agak besar pada masa akan datang.

MAS dijangka membeli 25 Boeing 737 Max 8 jet bernilai hampir $2.75 billion mengikut senarai harga yang dikeluarkan pada bulan Julai. 25 pesawat baru MAS itu juga akan digunakan untuk menambah persaingan buat syarikat penerbangan tambang murah dalam rantau ini.

Tambah Bellew lagi, buat masa kini MAS masih tidak mempunyai pesawat yang cukup untuk destinasi China. Pun begitu, seramai 150 juta lagi pelancong China dikatakan berpotensi untuk terbang ke Malaysia jika rakyat China yang mempunyai passport antarabangsa bertambah 2 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Theresa May Akan Pastikan UK Lebih Berdaya Saing Selepas Keluar Dari Referendum!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat