May Pastikan UK Akan Lebih Berdaya Saing Selepas Peristiwa Bersejarah Brexit

53

Perdana Menteri Theresa May tanpa segan silu menyatakan pada Isnin bahawa kerajaan British masih bersifat pro-perniagaan dengan Kesatuan Eropah.

Dalam ucapan beliau di Mansion House iaitu pusat kewangan bagi kota London, May berkata Britain bukan sahaja menggalakkan perdagangan bebas, bahkan menggalakkan globalisasi supaya semua orang mendapat faedah darinya.

Pemacu utama terhadap undian keluar 23 Jun yang lalu berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana Britain dikatakan ketinggalan dari segi globalisasi berbanding negara-negara lain.

Justeru, keputusan untuk keluar ini diambil bagi menjadikan UK lebih berdaya saing dan menjadi tempat yang lebih menarik untuk syarikat-syarikat berkembang.

Sebagai pulangan, mereka yang menjalankan perniagaan di UK harus memainkan peranan dengan sebaiknya agar negara ‘bekerja’ untuk semua orang.

Hal ini demikian kerana perniagaan memainkan peranan penting dalam mewujudkan perkerjaan, menjana kekayaan dan meyokong ekonomi. May juga sempat menyentuh tanggungjawab syarikat untuk membayar cukai. Dalam masa yang sama, kerajaan akan berusaha untuk menggunakan strategi baru bagi memastikan bahawa keluarga dan masyarakat bakal mendapat manfaat dari perdagangan global tersebut.

Greenback Terus Mengukuh Semenjak Donald Trump Memegang Tampuk Pimpinan AS

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat