Matawang Greenback Meneruskan Penguasaan Berbanding Matawang Lain Dalam Sesi Eropah

135

Dollar Australia tidak banyak berubah, sementara Dollar New Zealand didagang lebih rendah berbanding matawang Greenback kerana kekuatan matawang gergasi terus disokong berikutan kemenangan Donald Trump dalam pilihanraya minggu lepas.

AUD/USD kekal stabil pada 0.7549, iaitu paras terendah dalam tempoh sebulan.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

Kadar faedah juga berpotensi untuk dinaikkan oleh Fed pada bulan Disember nanti.

NZD/USD merosot dalam sesi ini ke paras yang paling rendah sejak 17 Oktober.

NZD/USD, 30 minit
NZD/USD, 30 minit

Sementara itu, sentimen pasaran hari ini dinilai sedikit melemah selepas data pada Isnin menunjukkan bahawa data pengeluaran perindustrian di China meningkat pada kadar tahunan sebanyak 6.1% pada bulan Oktober.

Dalam masa yang sama, jualan runcit China untuk bulan Oktober turut mencatatkan peningkatan.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 99.49.

Pendirian Pro-Perniagaan Trump Akan Melonjakkan Pasaran Saham US

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat