Masa Depan Bitcoin Gelap, Bakal “Crash”! – Peter Schiff

604

“Pengkritik BTC sentiasa ada di mana-mana, jadi adakah pelabur akan ambil serius tentang ini?”

Seorang pelabur dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Euro Pacific Capital bernama Peter Schiff meramalkan penggunaan industri kripto akan berakhir dan memberi amaran kepada pelabur bahawa Bitcoin (BTC) bakal menghadapi “crash”.

Hal ini kerana BTC masih tidak diterima institusi, ulas Schiff sambil mendakwa CEO Galaxy Digital Mike Novogratz sendiri pernah berkata harga aset digital itu telah melonjak hanya disebabkan pemegang sedia ada membeli lebih banyak.

Selain ragu-ragu terhadap potensi jangka panjang kripto, beliau yang berkongsi pandangannya dengan beberapa ahli Kongres di Amerika Syarikat (AS) pernah mengatakan bahawa aset digital adalah skim ponzi.

Tambahan itu, Schiff berpendapat emas digital adalah pilihan terbaik yang mungkin diterima pakai oleh ekonomi global tetapi beliau tetap sangsi dengan keupayaan BTC untuk menjadi salah satu mata wang digital pada masa hadapan.

Mungkin kebanyakan pihak akan berurus niaga dalam emas digital melalui teknologi blockchain atau syarikat swasta dan penyusutan dolar akibatkan peralihan kepada mata wang digital, namun Schiff tidak melihat BTC sebagai pilihan yang berpotensi.

Walaupun Schiff meramalkan BTC akan terjun di bawah paras $10,000 menjelang 2023, anak beliau Spencer Schiff tetap yakin masa depan aset digital tersebut bakal menemui kejayaannya.

Sama ada ramalan Schiff berkenaan kejatuhan BTC seterusnya adalah benar atau tidak, sesetengah pelabur optimis terhadap masa depan BTC dan kripto lain namun terdapat segelintirnya yang tetap ragu-ragu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat