Masa Depan Ekonomi Malaysia Suram? Indeks Petunjuk Ekonomi Julai Jatuh 4.1%

221

‘Bacaan agak suram harapnya Malaysia baik-baik sahaja.’

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memperlihatkan Indeks Petunjuk Ekonomi atau Leading Economic Index negara berkembang 4.1% pada bulan Julai.

Bacaan tersebut, yang mengukur hala tuju ekonomi negara secara purata 4 hingga 6 bulan ke hadapan, menyaksikan skor Julai 2022 pada 109.5 mata berbanding 105.2 mata untuk bulan sama tahun 2021.

Ini bermakna pertumbuhan Indeks Petunjuk Ekonomi Malaysia berkembang 4.1% pada asas tahunan semasa Julai, namun ia menurun daripada catatan 5.3% pada Jun.

Bagi asas bulanan pula bacaan Indeks Petunjuk Ekonomi menguncup 2% semasa Julai 2022 berbanding perkembangan 0.4% pada Jun.

Faktor penurunan seperti yang digariskan oleh DOSM adalah disebabkan import logam berharga asas dan logam bukan ferus yang mencatat penurunan -0.9% ekoran peningkatan permintaan terhadap logam berasaskan platinum.

Berikut adalah rincian data Indeks Petunjuk Ekonomi Malaysia bagi bulan Julai.

  • Import logam berharga asas dan logam bukan ferus menguncup -0.9% pada Julai berbanding 0.6% pada Jun.
  • Import semikonduktor berkembang -0.5% berbanding -0.4%.
  • Bilangan syarikat baru yang didaftarkan menyusut -0.3% berbanding 0.6%.
  • Bilangan unit rumah yang diluluskan menurun -0.1% berbanding 0.4%.
  • Bekalan wang sebenar, M1 merudum -0.2% berbanding 0.1%.
  • Indeks industri Bursa Malaysia meningkat -0/1% berbanding -0.6%.

Dalam pada itu, penurunan tersebut menurut DOSM tidak menjejaskan prospek optimis negara apabila arah aliran jangka panjang jatuh dari atas 100 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat