Kementerian Kesihatan Malaysia kini melancarkan inisiatif baru dengan mengadakan perbincangan mengenai pengurangan subsidi bagi pengeluar gula, bertujuan untuk mengawal pengambilan gula dalam kalangan rakyat.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, mengumumkan kesediaan pihaknya untuk mengadakan sesi meja bulat bersama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat bagi membincangkan langkah ini Ahad semalam.
Cadangan ini muncul selepas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa subsidi gula tidak selaras dengan usaha untuk mengurangkan pengambilan gula dalam masyarakat.
Menurut Lukanisman, laporan “Prevention and Control of Non-communicable Diseases in Malaysia: The Case for Investment 2021” menunjukkan bahawa kerajaan membelanjakan RM3.3 bilion pada tahun 2021 untuk merawat pesakit dengan penyakit metabolik, mewakili 7.3% daripada keseluruhan perbelanjaan kesihatan kerajaan yang berjumlah RM45.3 bilion.
Beliau juga menyatakan bahawa beban ekonomi daripada penyakit metabolik dianggarkan mencecah RM27.7 bilion, dengan diabetes sahaja menyumbang RM24.3 bilion, disebabkan oleh kerugian produktiviti akibat komplikasi penyakit.
Perbincangan ini berpotensi membawa kepada langkah-langkah yang lebih ketat terhadap subsidi gula, diharapkan dapat mengurangkan jumlah pesakit diabetes yang semakin meningkat seterusnya, mengurangkan perbelanjaan kesihatan yang membebankan kerajaan setiap tahun.