Masalah Tercetus? Binance Tangguh Transaksi USD Ke Bank!

276

“Langkah Binance ini mungkin nak tambah baik, tapi agaknya bagaimana respon dari pengguna?”

Syarikat gergasi exchanger mata wang kripto Binance menghentikan sementara waktu aktiviti deposit dan pengeluaran dolar Amerika Syarikat (AS) melalui akaun bank secara global.

Hal ini kerana hanya terdapat 0.01% daripada pengguna aktif bulanan Binance yang memanfaatkan pindahan bank USD, namun pasukannya tetap akan sedaya upaya pulihkan kembali perkhidmatan tersebut.

Sungguhpun dolar AS akan terkesan, mata wang fiat euro termasuk kaedah pembayaran alternatif untuk membeli dan berdagang kripto dalam Binance seperti kad kredit, Google Pay dan Apple Pay sama sekali tidak akan terjejas.

Manakala Binance US, syarikat yang diawasi oleh Rangkaian Penguatkuasaan Jenayah Kewangan (FinCEN) Jabatan Perbendaharaan juga tidak akan menerima tempias tetapi hanya pelanggan bukan AS yang memindahkan wang dalam dolar AS dari akaun bank.

Aliran keluar daripada syarikat tersebut dilaporkan melihat peningkatan susulan kebanyakan pelabur ingin memperoleh keuntungan masing-masing selepas seluruh pasaran kripto mahupun saham mendaki tinggi pada minggu lepas.

Pada bulan lepas, Binance telah memeterai perjanjian bersama Singnature bank untuk mengendalikan transaksi pengguna bernilai lebih $100,000 di samping berhasrat keluarkan sekitar $10 bilion dalam kripto daripada pelanggan mereka.

Dalam pada itu, Binance Coin (BNB) yang diasas oleh Binance untuk membayar yuran dagangan tidak terjejas walaupun terdapat berita tentang pemberhentian dan pengeluaran dolar AS tersebut, di mana harganya kini didagangkan pada $326.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat