Masih Berdarah! USD Cuba Merawat Luka

690

Raja mata wang US dolar terus berlegar pada sekitar paras terendah 2 bulan walaupun penurunan yang dicatatkan telah terhenti.

Ketika pembukaan sesi Eropah, indeks dolar diniagakan sedikit berubah 101.60 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Data yang mengecewakan dalam JOLTs, pembukaan pekerjaan Amerika Syarikat telah menambah tekanan buat dolar greenback untuk penjualan secara meluas pada hari Selasa.

Tumpuan pelabur kini disasarkan kepada penerbitan data pekerjaan ADP sektor swasta dan perkhidmatan ISM AS pada sesi New York.

Sementara itu, dolar kiwi cuba mempertahankan keuntungan yang diraih susulan keputusan mengejut Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) dalam mesyuarat polisi terbarunya.

RBNZ tanpa dijangka meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 5.25%, meleset daripada jangkaan untuk kenaikan 25 mata asas.

Dalam pada itu, dolar Aussie pula kembali merosot daripada peningkatan yang dicatatkan berbanding greenback, melihatkannya didagangkan suram pada sekitar harga 0.6710.

Euro pula kekal stabil pada paras ketinggian 2 bulan dengan diniagakan sedikit berubah pada 1.0950 berbanding US dolar.

Selain itu, mata wang pound pula kekal mempertahankan pengukuhan pada sekitar puncak tertinggi 10 bulan pada 1.2485 berbanding greenback.

Di sisi lain, dolar Kanada pula sedikit goyah, berundur dari paras paling kuat 2 bulan berbanding US dolar.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat