Masih Junam! Pelabur Ucap ‘Bye-bye’ Pada USD

1,006

Penyusutan US dolar berlanjutan pada sesi Eropah setelah raja mata wang itu dikecewakan bacaan data inflasi Amerika Syarikat yang lebih rendah daripada jangkaan.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar didagangkan pada paras terendah 2 setengah bulan pada 107.68 pada awal sesi.

Peningkatan 7.7% dalam inflasi tahunan pada bulan Oktober menyebabkan pasaran berpendapat bahawa tekanan harga di negara itu semakin mereda dan ia telah mencapai kemuncaknya pada 9.1% yang dicatatkan pada Jun.

Ini sekali gus menguatkan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan daripada Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat akan datang iaitu sebanyak 50 mata asas.

Kelemahan US dolar terus memberi sokongan buat mata wang utama lain mengaut keuntungan, menyaksikan dolar Aussie dan New Zealand didagangkan pada paras ketinggian 2 bulan.

Euro pula lebih kukuh pada paras tertinggi 3 bulan, meletakkan harga diperdagangkan lebih tinggi pada sekitar harga 1.02470 berbanding US dolar.

Turut menguat adalah mata wang pound yang didagangkan pada paras terkukuh 2 bulan walaupun telah diperlihatkan dengan bacaan bercampur-campur dalam data ekonomi UK.

Data terbaharu daripada Pejabat Perangkaan Nasional (ONS) melihatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) jatuh 0.2% pada suku ketiga tetapi lebih baik daripada jangkaan, dan menurun 0.6% pada bulan September.

Di sisi lain, mata wang yen mengekalkan momentum pengukuhannya pada tahap terkuat dua bulan berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat