Kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD kekal terbantut apabila sesi-sesi terakhir minggu lepas menyaksikan penurunan semula didorong oleh pengukuhan US dolar.
Pada Khamis, Pound berjaya mengatasi US dolar selepas mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) menurunkan kadar faedahnya, tetapi Gabenor Andrew Bailey sampaikan kenyataan berwaspada sekaligus memberi sokongan semula terhadap Pound.
US dolar pula melemah semula selepas pilihan raya Amerika Syarikat (AS) dan pelabur berhati-hati menunggu keputusan mesyuarat FOMC di awal pagi Jumaat.
Selepas Federal Reserve (Fed) memutuskan untuk pemotongan kadar faedah yang lebih kecil, US dolar kembali beransur mengukuh semula.
Dapat diperhatikan pada carta GBP/USD harga telah membuat kenaikan namun terkandas di paras 1.30000 menjadi rintangan penting buat harga.
Harga berundur turun semula mencecah zon 1.29000 pada dagangan sesi terakhir minggu lalu dan kekal berlegar perlahan di sekitar itu pada pembukaan awal minggu ini.
Namun, kecenderungan adalah untuk harga susut lebih rendah dengan isyarat bearish harga yang bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.
Susut di bawah 1.29000 akan menyaksikan harga cuba untuk melepasi zon sokongan beberapa minggu ini iaitu pada 1.28500.
Penurunan dilanjutkan bakal menguji zon tumpuan berikutnya pada 1.28000 serta mencatatkan paras terendah terbaru 3 bulan.
Sementara, jika berlaku lonjakan harga dari zon 1.29000 melepasi halangan MA50 pula, ada potensi untuk harga mengubah arah pergerakannya semula.
Namun untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi, rintangan pada 1.3000 perlu diuji terlebih dahulu dan ditembusi.
Seterusnya, sasaran akan beralih ke ketinggian baharu sekitar 1.31000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK