Masihkah Ada Harapan Untuk Kesatuan Eropah Dan UK Mencapai Kesepakatan?

278

Ketua perunding Brexit bagi Kesatuan Eropah mengeluarkan kenyataan yang tidak menyenangkan pasaran pada hari Khamis bahawa UK tidak menunjukkan kesediaan untuk mementerai perjanjian ataupun cuba untuk capai kata sepakat dalam isu perikanan. Hal ini menjadikan perjanjian perdagangan baru berkemungkinan tidak dapat dicapai.

Menurut Michel Barnier, UK menolak untuk berkotmitmen terhadap syarat persaingan yang ditetapkan secara seimbang terutama dalam isu perikanan dan ini membuatkan sukar untuk mencapai perjanjian perdagangan pada ketika ini.

Tambah beliau, selagi kedudukan UK terhadap 2 perkara asas iaitu kesediaan terhadap perjanjian dan isu perikanan tidak berubah maka terdapat risiko bahawa rundingan akan gagal dan Brexit tanpa perjanjian. Barnier mengeluarkan kenyataan susulan rundingan pusingan minggu ini di UK bahawa tiada kemajuan sama sekali. Masih ada 5 bulan berbaki untuk mencapai kata putus. Tanpa perjanjian, di masa akan datang akan mencetuskan lebih banyak konflik antara dua blok tersebut.

Namun disisi lain, perunding Brexit UK, David Frost mengatakan bahawa beliau berpendapat bahawa perjanjian boleh dilakukan pada bulan September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat