“Mastercard nak lancarkan produk ini, Visa pula nak buat apa?”
Syarikat gergasi pembayaran kewangan Mastercard tanpa disedari rancang untuk melancarkan “Multi Token Network” versi beta dalam beberapa bulan akan datang.
Menurut Raj Dhamodharan, naib presiden dan ketua mata wang kripto dan blockchain di Mastercard berkata app store dikuasakan teknologi blockchain berasaskan Ethereum (ETH) adalah bertujuan untuk membina aplikasi kewangan terkawal.
Rangkaian Teknologi Mastercard atau lebih dikenali sebagai MTN Mastercard pula akan membenarkan pembangun mengakses tool diusahakan oleh syarikat kad kredit itu, di mana pembangun digalakkan untuk cipta aplikasi yang inovatif.
Suka dimaklumkan Mastercard yang mengorak langkah pantas dalam menyertai pasaran kripto telah menegaskan sekali lagi bahawa aset digital adalah evolusi semula jadi untuk penyelesaian pembayaran lebih luas.
Selain bermatlamat untuk menyokong pasaran kripto, Mastercard yang bekerja keras mengembangkan jejaknya dalam dunia aset digital turut berhasrat membantu pelbagai pihak mengukuhkan keyakinan masa depannya.
Secara konteks, Mastercard telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk pasaran kripto, antaranya adalah non-fungible token (NFT), kad kredit dan debit dikaitkan dengan aset digital, infrastruktur kripto dan tool pembangun.
Bukan itu sahaja, Mastercard turut menyediakan produk seperti Crypto Secure, Crypto Source, dan Crypto Credential bagi meningkatkan ketelusan serta kepercayaan dalam pasaran kripto manakala aplikasi pada app store baharunya boleh ditulis dalam Solidity iaitu bahasa programming ETH.
Dari masa ke masa, Mastercard rancang untuk menyediakan MTN kepada pasaran tambahan di seluruh dunia.