Mastercard: Kad Pembayaran Kripto Bakal Jadi Suatu Yang ‘Mainstream’

521

CoinJar yang merupakan pertukaran aset kripto terkemuka mengumumkan kerjasama dengan syarikat gergasi kewangan,Mastercard sempena rancangan mereka untuk melancarkan kad prabayar baru. Ini merupakan salah satu tindakan bagi menjadikan perkhidmatan aset kripto dapat diakses oleh pengguna.

Dalam salah satu catatan rasmi yang diterbitkan pada hari Selasa, pertukaran aset kripto mendedahkan bahawa kad CoinJar baru akan membolehkan pengguna membuat pembelian dengan aset kripto mereka di mana sahaja Mastercard diterima.

Inisiatif ini akan membolehkan rakyat Australia menggunakan aset kripto mereka tanpa perlu menukarkannya terlebih dahulu kepada matawang fiat sebelum membuat pembayaran. Dengan kad CoinJar, pengguna hanya perlu memilih aset kripto yang ingin digunakan sebagai pembayaran kemudian ia ditukar secara automatik sebelum transaksi berlaku.

Selain itu, pertukaran kripto tersebut turut menjanjikan kepada pengguna beberapa faedah lain termasuk pangaktifan percuman, bayaran bulanan sifar dan tawaran hadiah. Menurut CoinJar, kad Coinjar tidak mempunyai yuran bulanan dan yuran transaksi serendah 1%.

Kad ini mempunyai 30 aset kripto yang disokong termasuk kripto seperti Bitcoin, Ethereum, dan XRP. Seperti yang diumumkan, kad CoinJar akan tersedia untuk pengguna dalam bentuk digital dan fizikal, termasuk sokongan aplikasi Apple Pay dan Google Pay.

Sejak akhir-akhir ini Mastercard telah menunjukkan minat yang ketara dalam industri kripto. Ketua Pegawai Eksekutif syarikat percaya kad kripto akan menjadi kebiasaan dalam industri dengan lebih banyak perniagaan seperti Visa dan Mastercard ingin melakukan inovasi sedemikikan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat