Mata Wang Fiat Akan Bernilai Sifar? Ini Penjelasan Charlie Munger

5,997

Timbalan presiden Berkshire Hathaway, merangkap kawan baik kepada Warren Buffett, Charlie Munger mendakwa nilai mata wang fiat akan bertukar sifar dalam tempoh masa 100 tahun lagi.

Komennya ini dikongsikan melalui Yahoo! Finance sebelum mendapat perhatian CEO MicroStrategy, Michael Saylor pada 17 Februari.

Menerusi satu kicauan di laman Twitter, Saylor mengkritik komen dangkal daripada Munger itu:

“Tanggapan selamat daripada seorang pelabur adalah mata wang fiat akan menjadi sifar. Munger sedar masalah ini tetapi tidak sedar yang kita sudah maju untuk mengatasi masalah itu melalui kewujudan Bitcoin.”

Ada benar juga tanggapan Munger memandangkan ketika ini inflasi dunia telah meningkat ke paras tertinggi 40 tahun dengan rekod 7.5%, sejajar dengan kenaikan kos hidup.

Tidak mustahil jika nilai $1 ketika anda baca artikel ini bernilai lebih rendah berbanding tahun lepas, setahun sebelumnya, dan seterusnya.

Tetapi berdasarkan kenyataan Saylor, Munger ternyata silap dalam mengkritik mata wang kripto kerana solusi kepada masalah inflasi ini adalah Bitcoin dan aset kripto yang lain.

Dan jika Munger menganggap mata wang kripto membuka pintu kepada aktiviti jenayah: penggubahan wang haram, penggodaman, penculikan, dan peras ugut; tidakkah dia lupa mata wang fiat juga cukup terkenal untuk dijadikan subjek kesalahan undang-undang?

Terbaru, Berkshire Hathaway telah membeli saham NuBank bernilai $1 bilion. Melalui pergerakan terbaru daripada syarikat ini, ada isyarat mungkin Buffett sudah mula berjinak dengan kripto.

Manakan tidak, sebelum ini Buffett dan Munger terkenal sebagai antara individu yang menentang kehadiran mata wang kripto dan pernah menggelar aset ini sebagai ‘racun tikus’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat