Matawang Aussie dan Kiwi Melonjak Berbanding Greenback Dalam Sesi Eropah!

41

Dollar Australia dan New Zealand bergerak lebih tinggi berbanding matawang Greenback pada Khamis apabila sentimen terhadap matawang gergasi tersebut kekal rapuh selepas Presiden Turmp tidak memberikan butiran yang lebih terperinci mengenai pembaharuan cukai.

AUD/USD melonjak sebanyak 0.19 peratus kepada 0.7488, bangkit daripada paras terendah dalam tempoh tiga bulan yang dicatat pada Rabu.

Pelabur dikatakan tidak menerima apa-apa maklumat tambahan mengenai pembaharuan dasar cukai yang sangat dinanti-nantikan pada pada Rabu, memandangkan Trump hanya mengulangi pemotongan cukai pendapatan terhadap syarikat awam daripada 35 hingga 15 peratus.

Beliau juga mengesahkan rancangan untuk mengurangkan kadar cukai ke atas perniagaan termasuk perkongsian kecil dan pemilikan tunggal kepada 15 peratus daripada 39.6 peratus.

Presiden berkenaan juga mengumumkan hari ini bahawa beliau tidak akan membatalkan perjanjian NAFTA, sebaliknya akan membuat rundingan semula mengenai isi kandungan perjanjian tersebut.

NZD/USD meningkat sebanyak 0.38 peratus serta didagang pada 0.6915.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang lain dikatakan stabil pada 98.85.

Isu Perdagangan AS-Kanada Menjadi Semakin Rumit!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat